Warung Mek Tikah (Kari Kepala Ikan)

Lokasi : Klik Disini

Warung Mek Tikah terletak di Lot 184-A, Jalan Kedai Buluh, Kampung Titian Baru, Terengganu. Apa yang menarik disini, Kedai Mek Tikah menyediakan masakan Kari Kepala Ikan ala-ala masakan Penang (kari mamak) sebagai menu tarikan utama di warung ini. Waktu operasi warung ini setiap hari Sabtu hingga Khamis pukul 11AM-4PM, manakala Jumaat ditutup. Bagi penggemar kari kepala ikan boleh lah berkunjung ke warung ini dan menikmati masakan seolah -olah berada di Pulau Pinang.







Keindahan Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih dibina Tanpa Sebarang Paku




Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Seberang JertehJertehTerengganuMalaysia. Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa. Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak. Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.


Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu. Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.

Pekan Lama Kuala Besut Menjadi Tarikan




Pekan Kuala Besut merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Terengganu. Terengganu dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Pekan ini juga adalah sebuah pekan kecil yang berhampiran dengan Jeti Kuala Besut. Segala kemudahan pelancong dan penduduk tempatan telah terbina seperti masjid, kedai-kedai, stesen bas dan teksi, klinik, parking kereta dan sebagainya. Pekan lama Kuala Besut yang sekadar menjadi transit bagi pelancong ke pulau atau pintu keluar nelayan ke laut kini mempunyai tarikan tersendiri dengan lukisan mural yang melatari din­ding-dinding premis usangnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/8216-pekan-mural-8217-tarikan-terbaharu-di-kuala-besut-1.166673#ixzz53S9QpDZL
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Deposit diperlukan sebagai 'TANDA BOOKING'. FIRST COME, FIRST SERVE.